Penutupan 333 Pencawang
19/12/2021
Dear valued customers,
Following the floods that hit the affected states yesterday, Tenaga Nasional Berhad (TNB) temporarily closed 333 power substations due to safety factors in Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, and Negeri Sembilan.
There were 17,251 users in Pahang, Selangor (5,062), Kuala Lumpur (4,450), Melaka (634), Kelantan (470), and Negeri Sembilan (284) affected by the closure as of 12 p.m. today. Meanwhile, 137 substations were closed in Pahang, Kelantan (7) Selangor (117), Kuala Lumpur (45) Melaka (10) and Negeri Sembilan (17).
TNB provides electricity to temporary evacuation facilities without access to substations using mobile generators. We advise our customers in flooded regions to always obey authorities' instructions if told to evacuate. Please call TNB Careline at 15454 if there is a TNB installation, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), or Jabatan Kerja Raya (JKR) for trees or structures that move or collapse.
We understand the challenges that flood victims face, and your safety remains our main priority in the process of power restoration once the water recedes. Thank you for your patience and understanding while we go through the proper steps to ensure supply recovery.
Official press release: https://www.tnb.com.my/assets/press_releases/202112147bm-3.pdf
#StaySafe
*******************************************************************************************************
Para pelanggan yang dihormati,
Penutupan bekalan elektrik sementara demi keselamatan anda
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara 333 pencawang elektrik atas faktor keselamatan di Pahang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan berikutan banjir melanda negeri-negeri terbabit sejak semalam.
Hingga jam 12.00 hari ini, penutupan itu melibatkan 17,251 pengguna di Pahang, Selangor (5,062), Kuala Lumpur (4,450), Melaka (634), Kelantan (470) dan 284 pengguna di Negeri Sembilan. Sebanyak 137 pencawang ditutup di Pahang, Kelantan (7) Selangor (117), Kuala Lumpur (45) Melaka (10) dan Negeri Sembilan (17).
TNB menyediakan bekalan elektrik melalui set janakuasa mudah alih di pusat pemindahan sementara yang tidak menerima bekalan daripada pencawang.
TNB juga menasihati pengguna di kawasan banjir untuk sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan menghubungi TNB Careline di talian 15454 jika ada pepasangan TNB, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mahupun Jabatan Kerja Raya (JKR) yang beralih atau tumbang.
TNB memahami kesukaran yang dialami para mangsa banjir, namun keselamatan mereka tetap menjadi pertimbangan utama dalam proses pemulihan bekalan tenaga apabila air surut. Terima kasih atas persefahaman dan kesabaran masing-masing untuk membolehkan TNB mengambil langkah-langkah perlu demi memastikan keselamatan terjamin sepanjang proses pemulihan bekalan.
Berita lanjut dalam siaran akhbar: https://www.tnb.com.my/assets/press_releases/202112147bm-3.pdf
#StaySafe