mytnb
  • en
  • BM
Residential
Get Electricity
Understanding Your Electricity Bill
Disconnection & Reconnection
Special Scheme
Power Alert
Bisnes
Dapatkan Bekalan Elektrik
Memahami Bil Elektrik Anda
Komersial
Perindustrian
Perlombongan
Lampu Jalan
Pertanian Spesifik
Top Up and Standby (CO-GENERATOR)
Skim Istimewa
Power Alert
Energy Efficiency
Home Energy Savings Tips
Commercial Energy Savings Tips
Industrial Energy Savings Tips
Energy Savings At Work
Power Quality
Power Factor
Renewable Energy
Benefits Of Generating Your Own RE
Find The Right RE Solution For You
Find Out More About Our Green Products
Guidelines For Service Provider Electrical Contractor Consultant
NEM Application
NEM Net Energy Metering
SELCO Self Consumption
FIT Feed-in Tariff
LSS Large Scale Solar
NEDA New Enhanced Dispatch Arrangement
Renewable Energy Certificate
Solar Energy Purchase
Payment
myTNB, e-Wallet, JomPAY, Online & Phone Banking
Kedai Tenaga
AutoPay & Direct Debit
eBulk
Over the Counter
ATM & CDM
EFT & Cheque Payment
Safety and Advisory
Do's and Dont's
RCCB
Electrical & Magnetic Fields
Electrical Safety Guidelines During Flooding
Electricity Theft
Promotions

APLIKASI myTNB

Nikmati kemudahan pada tahap baharu! Gunakan aplikasi myTNB bila-bila masa, di mana sahaja!
  • Aplikasi myTNB dan Kelebihannya
  • Aplikasi Seimbas Lalu
  • Getting Started

APA ITU APLIKASI myTNB?

Aplikasi myTNB merupakan aplikasi mudah alih untuk anda menguruskan akaun-akaun bekalan elektrik TNB anda pada satu tempat. Semak dan bayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahaja serta uruskan akaun-akaun TNB secara ‘on the go’!

KENAPA SAYA PATUT DAPATKAN APLIKASI myTNB?


Susun atur dan bayar semua bil TNB anda tak kira di mana sahaja anda berada dengan aplikasi myTNB. Alami ciri yang lebih baik dan paparan baharu penuh bergaya yang membuatkan semua transaksi TNB anda lebih mudah dan lebih pantas berbanding sebelum ini.

  • Ketahui berapa banyak tenaga elektrik yang telah anda gunakan
  • Semak jumlah keseluruhan bil tenaga elektrik anda untuk semua akaun
  • Bayar bil elektrik anda bila-bila masa di mana sahaja
  • Hantarkan maklum balas berkaitan mana-mana bil dengan cepat

Dengan pengenalan Meter Pintar ke seluruh negara menjelang 2026, rakyat Malaysia boleh menikmati ciri penjejakan penggunaan tenaga di dalam aplikasi untuk menguruskan penggunaan tenaga harian mereka, dengan menerima maklumat daripada Meter Pintar.

Ketahui lebih lanjut berkaitan Meter Pintar, klik di sini.



KEMASKINI APLIKASI

Kami bekerja keras bagi menjadikan aplikasi ini aplikasi terbaik, jadi untuk beberapa bulan yang akan datang akan terdapat beberapa pengemakinian aplikasi. Setiap kemas kini dapat dilihat dengan pengenalan ciri lebih hebat. Kami akan sentiasa memaklumkan kepada anda akan perkara ini menerusi media sosial dan menerusi aplikasi ini sendiri.

MUAT TURUN PERCUMA APLIKASI myTNB SEKARANG!

Aplikasi ini hanya tersedia secara percuma hanya pada Android v5.0 dan ke atas, juga IOS v9 dan ke atas.


googleplay    applestore    appgallery

Kami ingin bersama-sama anda daripada mula, jadi kami telah menyediakan aplikasi seimbas lalu yang mudah diikuti. Ianya memberikan pemandangan keseluruhan yang cepat dan efektif- rasa intuitif tentang apa yang menanti anda dalam aplikasi myTNB.

Pendaftaran Aplikasi: Pengesahan SMS

Aplikasi myTNB baharu menawarkan ciri pengesahan SMS bagi membolehkan pendaftaran secara mudah dan ringkas. Sebagai langkah keselamatan tambahan, ciri baharu ini menyediakan kod yang dihantar ke telefon pengguna, yang berfungsi sebagai kriteria pengesahan.

Menguruskan Akaun Anda: Tiada Lagi Sambungan Manual

Aplikasi myTNB baharu menawarkan cara intuitif untuk menyambungkan semua akaun anda secara autoamatik menggunakan Kad Pengenalan anda (IC) sebaik sahaja pendaftaran. Ya, betul semua akaun yang bersambung dengan IC anda akan terpapar kepada anda selepas pendaftaran! Dan jika anda perlu menambah akaun baharu kemudian? Anda masih tidak perlu menaipkan kesemuanya, (walaupun kami masih menyediakan pilihan ini). Hanya cepat-cepat imbas kod bar pada bil bagi membolehkan pengalaman lebih pantas untuk menambah akaun. Tidak ingat nombor akaun berbeza? Berikan nama sampingan bermakna pada setiap akaun untuk memperibadikan aplikasi mengikut kegemaran anda.

Semua-dalam-satu Halaman

Halaman serba-baharu - paparan tunggal untuk mendapatkan pemandangan keseluruhan dengan pantas kesemua akaun TNB yang dipautkan sebaik sahaja aplikasi dilancarkan. Anda juga boleh:

  • Menambah dan mencari akaun berdaftar anda secara ‘on the go’ dengan mudah!
  • Togol di antara akaun berbeza untuk melihat/mengurus/membayar premis berbeza. Tanpa perlu melompat di antara skrin!
  • Temui laluan pantas untuk mengakses ciri lain bagi memenuhi keperluan anda dengan segera
  • Dapatkan bantuan serta jawapan terhadap sebarang persoalan yang mungkin anda miliki
  • Navigasi di antara perkhidmatan berlainan menerusi bar navigasi intuitif kami
  • Nikmati semua perkhidmatan yang disebutkan di atas tanpa mengira jenis akaun anda (meter biasa, Meter Pintar atau Tenaga Boleh Baharu (RE)

Penggunaan Papan Pemuka Interaktif

Penggunaan Papan Pemuka yang dipertingkatkan - paparan tunggal untuk mengawasi penggunaan tenaga dan perbelanjaan, dibentangkan dalam format ringkas untuk gambaran lebih jelas. Anda dapat:

  • Melihat dan menyemak penggunaan tenaga 6 bulan terdahulu
  • Memahami kadar tarif dengan lebih baik
  • Akses e-bil anda bila-bila masa, di mana sahaja!

Pembayaran: Pembayaran Dalam Aplikasi Lancar & Selamat

Tak kira anda sedang bersantai di rumah ataupun ‘on the-go’, bayar bil anda pada bila-bila masa!

  • Bayar terus menerusi aplikasi - tiada lagi lencongan kepada platform yang berlainan!
  • Imbas kad kredit anda dengan mudah
  • Simpan maklumat kad kredit anda secara sulit demi membuat pembayaran secara berulang
  • Pilih di antara pilihan pembayaran menggunakan kad kredit/debit ataupun bayaran secara dalam talian
  • Nikmati proses pembayaran yang jelas dan telus dengan hanya mengambil masa beberapa saat untuk selesai!

Maklum Balas Intuitif

Kami mendengar anda. Hanya berhubung dengan mudah!

  • Berikan maklum balas atau hantarkan sebarang soalan anda- agen ‘Careline’ kami akan melayan pertanyaan anda secepat mungkin

Mudah: Perkhidmatan Bacaan Meter Kendiri

How to apply for self meter reading

Letih menerima bil jangkaan? Kawal bacaan meter anda dan gunakan perkhidmatan Bacaan Meter Kendiri yang ditawarkan. Jika anda layak, dalam aplikasi ini, anda boleh:

  • Memohon perkhidmatan Bacaan Meter Kendiri
  • Jejak status aplikasi anda
  • Hantarkan bacaan meter anda di dalam aplikasi dengan mudah

Notifikasi Diperibadikan

Kami telah menambah sorotan dan notifikasi kami dengan sentuhan peribadi bagi memastikan anda kekal dengan pengemaskinian akaun anda yang terkini.

  • Menerima pengemaskinian yang diperibadikan apabila bil anda tersedia.
  • Berfungsi sebagai ‘tepukan pada bahu’ bilamana peringatan untuk untuk membuat bayaran serta notis ketidaksambungan.
  • Dapatkan peringatan bila anda patut membaca meter anda (terpakai kepada pelanggan yang memulakan perkhidmatan Bacaan Meter Kendiri)
How to Register on the
myTNB App for Smart Meter users

PANDUAN APLIKASI myTNB & SOALAN LAZIM

Muat turun panduan mudah kami di bawah untuk arahahan langkah-demi-langkah untuk mula menggunakan aplikasi myTNB hari ini!


Meter Pintar & Aplikasi myTNB, Panduan & Soalan Lazim (untuk Pelanggan Meter Pintar)

Panduan Aplikasi myTNB & Soalan Lazim (untuk Pelanggan Meter Biasa)


SOALAN YANG PALING KERAP DITANYA

Apakah aplikasi myTNB?


Aplikasi myTNB adalah aplikasi mudah alih untuk anda menguruskan akaun bekalan elektrik TNB anda dalam satu lokasi. Semak dan bayar bil bekalan elektrik anda bila-bila masa, di mana sahaja dan uruskan akaun TNB anda secara ‘on the go’!


Apakah yang baru pada aplikasi ini?


Setakat Oktober 2019, pengemaskinian kami yang terbaru termasuk mendapatkan pandangan penuh keseluruhan semua akaun anda dengan pantas, akses kepada Papan Pemuka interaktif dengan maklumat terperinci penggunaan anda untuk 6 bulan terdahulu, akses pantas dan mudah ke bahagian penting yang akan menangani aplikasi segera anda dan banyak lagi!


Bagaimana saya boleh menghubungi TNB?


Berhubung tak pernah semudah ini; Navigasi kepada ‘Hantar Maklum Balas’ daripada Laman Utama untuk menghantar pertanyaan (atau pandangan anda) kepada pasukan kami. Atau secara alternatif, hubungi kami di 15454 untuk Keputusan Bekalan & Kerosakan serta 1-300-88-5454 untuk Bil & Pertanyaan Umum berkaitan akaun anda. Anda juga boleh menghantar e-mel di tnbcareline@tnb.com.my atau mesej kami di Facebook http://www.facebook.com/TNBCareline.


Adakah data peribadi saya selamat?


Sudah tentu. Privasi anda paling penting buat kami. Jadi kami tugaskan teknologi keselamatan internet terkini bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan data anda. Aplikasi myTNB juga mematuhi piawaian Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).


Saya memiliki akaun myTNB sedia ada, bolehkah saya menggunakan akaun yang sama?


Ya, sudah tentu boleh! Aplikasi myTNB mudah alih dan Portal myTNB kedua-duanya menggunakan set tauliah yang sama (ID pengguna dan kata laluan).


Lebih banyak soalan? Klik pada pautan Panduan dan Soalan Lazim di atas untuk semakan penuh Soalan Lazim.

 
  • Residential
  • Bisnes
  • Energy Efficiency
  • Renewable Energy
  • Payment
  • Safety and Advisory
  • Promotions
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine via Facebook  @TNBCareline or Call 1-300-88-5454
  • Isnin-Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 malam
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Hantar e-mel ke   tnbcareline@tnb.com.my
    Ikuti kami di
    Muat turun Aplikasi myTNB
    Keserasian Pelayar
    • Terma & Syarat
    • Dasar Privasi
    • Buku Panduan & Risalah

    Copyright © 2023 Tenaga Nasional Berhad. All Rights Reserved.

    Browser Compatibility Requirement
    Supported browsers would be limited to the following (compliant with HTML5 and above and CSS3 standards) with best view resolution of 1920 x 1080:
    Internet Explorer
    Internet Explorer
    (10.x and above)
    Mozilla Firefox
    Mozilla Firefox
    (38.x and above)
    Google Chrome
    Google Chrome
    (42.x and above)
    Safari
    Safari
    (8.x and above)