PERINDUSTRIAN

Anda pengguna Perindustrian jika anda terlibat di dalam aktiviti seperti berikut

PEMBUATAN

Penukaran bahan atau komponen mentah kepada produk siap seperti membuat, mengubah, mencampur, menambah hiasan, kemasan atau menyesuaikan mana-mana artikel atau barangan bagi tujuan untuk digunakan, dijual, diedar, dihantar atau dibuang; dan termasuk pemasangan bahagaian juga pemprosesan makanan tapi tidak termasuk sebarang aktiviti normal yang berkait rapat dengan peruncitan atau gudang.

KUARI

Mineral, batuan dan sumber asli lain.

PAM

Untuk loji rawatan air.

*Nota

Terpakai kepada perindustrian. Hanya terpakai kepada pelanggan perindustrian sahaja.

Jumlah watt lampu dan penghawa dingin yang dipasang bagi kegunaan pejabat mesti tidak melebihi 20% jumlah watt semua kelengkapan elektrik yang dipasang.

Pam dan loji rawatan air serta operator kumbahan di bawah SPAN juga diklasifikasikan sebagai pelanggan perindustrian.