KOMERSIAL
Anda pengguna komersial jika anda mendiami atau menjalankan operasi:
Diskaun
Organisasi-organisasi ini layak untuk diskaun 10% pada bil bulanan mereka:
Badan Kebajikan
Badan kebajikan seperti rumah orang tua, pusat perlindungan orang buta, kurang upaya, rumah anak yatim dan pusat kebajikan yang dibiayai dan ditadbir oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau institusi yang dibiayai melalui kutipan derma daripada orang awam.
Institusi Pendidikan
Semua institusi pendidikan awam dan swasta yang dibiayai secara penuh atau separuh oleh kerajaan dan biasanya berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
Institusi ini tidak layak diskaun 10%:
- Institusi pendidikan swasta yang tidak mendapat sebarang pembiayaan daripada kerajaan.
- Institusi latihan seperti akademi polis, akademi bomba, kolej kejururawatan, pusat latihan bank dll.
Tempat Ibadat
Tempat ibadat ini layak untuk diskaun 10% pada bil bulanan mereka:
Tempat ibadat yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan dan / atau badan pentadbir agama berkaitan seperti Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri/Wilayah Persekutuan, Persatuan Penganut Agama Buddha Malaysia, Persatuan Penganut Agama Hindu Sangam, Sikh Naujawan Sabha, Gerakan Pemuda Sikh, Buku Panduan Katholik and Buku Panduan Gereja Malaysia dan Brunei.
Sila hubungi pejabat TNB untuk pertanyaan atau permohonan
Tertakluk terma dan syarat.