Aras Perlindungan Bil Elektrik Diperluas kepada 800 kWj untuk Pelanggan Domestik
18/09/2026
Susulan pengumuman Kerajaan pada 17 September 2026, aras perlindungan bil elektrik bagi pelanggan domestik telah dinaikkan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan.
Pengukuhan perlindungan tambahan ini berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik dari 1 September hingga 31 Disember 2026. Pelanggan domestik dengan penggunaan 800 kWj dan ke bawah sebulan akan menikmati pengecualian berikut:
- Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA)
- Caj Peruncitan
- Cukai Perkhidmatan
Lebih 8 juta pelanggan, mewakili sehingga 90% daripada pelanggan domestik TNB akan menerima manfaat daripada perlindungan tambahan ini.
Bagi penggunaan bulan September 2026, jumlah pengurangan akan dikreditkan di dalam bil elektrik bulan Oktober 2026.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media TNB di sini.
