Memahami Bil Elektrik Anda
BAGAIMANA MEMBACA BIL ELEKTRIK ANDA
Details
1
Maklumat pelanggan & Alamat Surat-menyurat
Nama pemegang akaun berdaftar & alamat surat- menyurat
2
No Akaun / Account No
Setiap bil memiliki nombor akaun unik, yang dicetak di sini
Nombor akaun 12-digit pelanggan di mana pelanggan/ maklumat/ data/ bayaran/ bacaan meter disimpan dan dikemas kini.
No. Kontrak / Contract No
Kontrak perjanjian tenaga elektrik yang ditandatangani di antara pelanggan dan TNB.
Deposit
Deposit keselamatan yang dibayar oleh pelanggan. Kebiasaannya berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan.
Sila rujuk Deposit untuk jumlah deposit patut dibayar.
Tarif / Tariff
Ditentukan berdasarkan kategori tarif premis anda. Ia berbeza berdasarkan penggunaan bekalan elektrik di premis (kediaman, komersial, perindustrian dll).
3
Tarikh Bil / Bill Date
Tarikh bill dikeluarkan dalam sistem bil TNB.
Tempoh Bil / Billing Period
Ini merupakan tempoh bil anda, di mana anda boleh mengetahui tarikh mula dan akhir kitaran bil anda Bagi pengguna bukan Kediaman dengan voltan melebihi 400V dan keatas (Pengguna Kuasa Besar), bilangan hari adalah bergantung kepada bilangan hari dalam sebulan. (cth. Julai – 31 hari, November – 30 hari)
No. Invois Cukai / Tax Invoice Number
Setiap bil memiliki nombor invois tersendiri
Bil elektrik anda merupakan invois bercukai yang sah dengan nombor siri cukai invois
4
Info/Status Bayaran Bil
Kotak ini akan memaparkan dua jenis informasi TERIMA KASIH Kerana membayar dalam tempoh 30 hari Atau Bayaran Tertunggak, RUJUK NOTIS PEMOTONGAN DIBAWAH
Bil juga berfungsi sebagai notis pemotongan jika anda memiliki bayaran tertunggak daripada bil sebelum ini. Notis pemotongan dicetak pada bahagian bawah bil
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat bayaran penuh sepertimana yang dinyatakan pada bil dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan bekalan.
5
Jumlah perlu dibayar/Total Amount Payable
Jumlah bil yang perlu dibayar selepas penggenapan dilakukan termasuk caj Tunggakan, perkara yang dikenakan cukai, surcaj lewat bayar, pelarasan kredit / debit (jika ada)
6
Tunggakan / Outstanding charges
Caj Tunggakan mesti dijelaskan dengan segera. Sila abaikan jika bayaran telah dibuat.
7
Caj Semasa / Current Charges
Jumlah caj seperti mana yang dinyatakan dalam perkara 19 termasuk surcaj lewat bayar, penyelarasan kredit / debit, KWTBB.
8
Penggenapan / Rounding Amount
Mengikut polisi penggenapan sedia ada seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia.
9
Jumlah Bil / Total Bill
Amaun tenaga elektrik yang digunakan termasuk caj tunggakkan, caj semasa dan penggenapan angka.
10
Bayar Sebelum / Pay Before
Tarikh akhir untuk menyelesaikan jumlah bil bagi mengelakkan surcaj lewat bayar. Jumlah tunggakan mesti dibayar dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik kepada premis.
11
Bil Terdahulu / Previous Bill
Maklumat bil terdahulu (jumlah & tarikh) sebelum bil semasa.
12
Bayaran Akhir / Last Payment
Tarikh bayaran akhir & jumlah bayaran dibuat.
13
Details / Keterangan
Lajuran ini akan menunjukkan semua komponen yang terpakai kepada pelanggan tertentu, unit penggunaan (kWj) dan caj (RM).
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Komponen Bil untuk Bisnes.
14
Tidak Kena ST / ST Non Applicable
Jumlah penggunaan bekalan elektrik dan komponen bil berkaitan yang tidak dikenakan cukai
Cukai Perkhidmatan bagi Bukan Domestik/ Bukan Kediaman tidak terpakai
15
Kena ST / ST Applicable
Jumlah penggunaan tenaga elektrik dan komponen bil berkaitan yang dikenakan Cukai Perkhidmatan.
Tiada cukai perkhidmatan dikenakan bagi Bukan Domestik / Bukan Kediaman
16
Jumlah / Total
Hasil penambahan lajuran ST Tidak Terpakai & ST terpakai bagi jumlah unit penggunaan bekalan elektrik (kWh) dan jumlah caj penggunaan (RM).
17
Kegunaan Bulan Semasa / Current Month Usage
Jumlah caj penggunaan bekalan elektrik bagi tempoh bil tidak termasuk Surcaj Lewat Bayar & Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)
18
KWTBB / Renewable Energy Fund (RE Fund)
1.6 % tambahan caj daripada caj penggunaan bekalan elektrik bulanan. Amaun ini akan dipindahkan kepada Kerajaan atau SEDA
19
Caj Semasa / Current Charges
Amaun patut dibayar bagi tempoh bil termasuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) & Surcaj Lewat Bayar
20
Barcode/ Kod Bar
Mengandungi nombor akaun pelanggan (12 digit), nombor invois dan jumlah amaun patut dibayar.
21
Customer Details/ Maklumat Pelanggan
Nama pelanggan dan alamat premis di mana meter berlokasi.
22
JomPAY merupakan inisiatif kebangsaan, disokong oleh bank, membolehkan bayaran bil secara dalam talian dapat dilakukan di seluruh Malaysia. MyClear, anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia, menjalankan operasi JomPAY.
Rujuk logo JomPAY dan Biller Code pada bil anda, log masuk Perbankan Internet atau Mudah Alih anda dan bayar berdasarkan nombor akaun anda.
23
Supplier's Address, GST Registration Number & Service Tax Registration Number/ Alamat Pembekal, Nombor Pendaftaran GST & Nombor Pendaftaran Cukai Perkhidmatan
Alamat syarikat TNB berdaftar
Nombor Pendaftaran GST TNB
Nombor Cukai Perkhidmatan TNB
24
Message Board/ Mesej
Paparan informasi berkaitan TNB dan kemaskini terkini
Menyediakan maklumat pejabat TNB terdekat
25
Jenis Bacaan / Reading Type
Jenis Bacaan / Reading Type
Bil anda akan menyatakan penggunaan anda berdasarkan bacaan sebenar atau bacaan anggaran meter.
Bacaan Sebenar : Penggunaan anda berdasarkan bacaan yang diambil di premis anda.
Bacaan Anggaran : Meter anda tidak dibaca atas sebab yang tidak dapat dielakkan. (spt: Premis berkunci, halangan meter, bencana alam dll). Bagi pengguna bukan Kediaman dengan bekalan elektrik 230V dan 400V, bacaan anggaran adalah berdasarkan penggunaan sebelumnya. Sekiranya pengguna bukan Kediaman yang mempunyai bekalan elektrik melebihi 400V dan ke atas, bacaan anggaran adalah berdasarkan purata penggunaan bagi tempoh 6 bulan. Jika anggaran bacaan terlampau tinggi atau terlampau rendah bil anda akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi.
26
Keterangan / Description
Penggunaan berdasarkan blok sepertimana yang digazetkan dalam struktur tarif.
27
Consumption (kWh/kW) / Kegunaan (kWh/kW)
Tariff Block is prorated if the billing period is above 35 days. Prorated Factor will be multiplied with each tariff block. Customer will benefit lower rate for expanded consumption block range.
28
Kadar (RM) / Rate (RM)
Kadar yang dikenakan ke atas setiap blok penggunaan berdasarkan struktur tarif bagi kWj / kW.
29
Amaun (RM) / Amount (RM)
Hasil kadar didarab dengan blok prorata.
30
Current Usage Charges / Jumlah
Jumlah & caj penggunaan bekalan elektrik bagi tempoh bil.
31
Meter Number / Nombor Meter
Nombor bersiri pada meter yang merekodkan penggunaan bulanan anda dan digunakan bagi tujuan pengebilan.
Setiap meter memiliki nombor siri unik, yang membolehkan TNB mengeluarkan bil secara teratur.
32
Description / Keterangan
Unit atau ukuran penggunaan tenaga elektrik dalam kWj, kehendak maksima dalam kW, tenaga reaktif dalam kVARh.
33
Previous Reading / Bacaan Dahulu
Bacaan meter berdasarkan tarikh bil terdahulu.
34
Current Reading / Bacaan Semasa
Bacaan meter berdasarkan tarikh semasa.
35
Usage / Kegunaan
Jumlah tenaga elektrik yang digunakan dalam tempoh bil yang diambil daripada perbezaan di antara bacaan semasa dan bacaan terdahulu.
36
Consumption Trending Graph/ Trending Graf Penggunaan.
Menunjukkan penggunaan bulanan anda bagi tempoh 6 bulan kebelakang.
37
Advertorial
Informasi/ kemaskini berkaitan TNB yang pelanggan patut tahu.
38
Electricity Information (for information only)/ Informasi Tenaga Elektrik (untuk tujuan maklumat sahaja).
Menyediakan informasi berkaitan bekalan elektrik bagi setiap akaun pelanggan.
Highest Maximum Demand / Kehendak Maksimum Tertinggi: Berdasarkan puncak tertinggi yang direkodkan pada tempoh kitaran bil bulanan.
37
Advertorial
Informasi/ kemaskini berkaitan TNB yang pelanggan patut tahu.
Details
1
No. Akaun / Account No.
Setiap bil memiliki nombor akaun unik, yang dicetak di sini Nombor akaun 12-digit pelanggan di mana pelanggan/ maklumat/ data/ bayaran/ bacaan meter disimpan dan dikemaskini.
No. Kontrak / Contract No
Kontrak perjanjian tenaga elektrik yang ditandatangani di antara pelanggan dan TNB.
Deposit
Deposit keselamatan yang dibayar oleh pelanggan. Kebiasaannya berdasarkan anggaran dua bulan penggunaan.
Sila rujuk Jadual untuk jumlah deposit patut dibayar.
No. Invois Cukai / Tax Invoice Number
Setiap bil memiliki nombor invois tersendiri
Bil tenaga elektrik anda merupakan invois bercukai yang sah dengan nombor bersiri cukai invois
2
Maklumat Pelanggan
Nama pemegang akaun berdaftar & alamat surat-menyurat
3
Info/Status Bayaran Bil
Kotak ini akan memaparkan dua jenis informasi TERIMA KASIH Kerana membayar dalam tempoh 30 hari Atau Bayaran Tertunggak, RUJUK NOTIS PEMOTONGAN DIBAWAH
Bil juga berfungsi sebagai notis pemotongan jika anda memiliki bayaran tertunggak daripada bil sebelum ini. Notis pemotongan dicetak pada bahagian paling bawah pada bil
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat bayaran penuh sepertimana yang dinyatakan pada bil dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi mengelakkan pemotongan bekalan
4
Jumlah perlu dibayar/Total Amount Payable
Jumlah amaun bil yang perlu dibayar selepas penggenapan dilakukan termasuk caj Tunggakan, perkara yang dikenakan cukai, surcaj lewat bayar, pelarasan kredit / debit (jika ada)
5
Tarikh Bil / Bill Date
Tarikh bil dihasilkan oleh sistem Bil TNB.
6
Tunggakan / Outstanding charges
Caj tunggakan terdahulu yang mesti dijelaskan dengan segera. Sila abaikan jika pembayaran telah dibuat.
7
Caj Semasa / Current Charges
Jumlah caj seperti mana yang dinyatakan dalam perkara 27 termasuk surcaj lewat bayar, pelarasan kredit/debit, KWTBB.
8
Penggenapan / Rounding Up
Mengikut polisi penggenapan sedia ada yang ditentukan oleh Kerajaan Malaysia.
9
Jumlah Bil / Total Bill
Jumlah tenaga elektrik yang digunakan termasuk caj tunggakkan, caj semasa dan penggenapan angka.
10
Bayar Sebelum / Due Date
Tarikh akhir untuk menjelaskan jumlah bayaran bil bagi mengelakkan surcaj lewat bayar. Jumlah amaun tunggakan mesti dibayar dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan elektrik kepada premis.
11
Bil Terdahulu / Previous Bill
Informasi bil terdahulu (amaun & tarikh) sebelum bil semasa.
12
Bayaran Akhir / Last Payment
Tarikh bayaran akhir & amaun yang dibayar.
13
Jenis Bacaan / Type of Reading
Bil anda akan menyatakan penggunaan anda berdasarkan bacaan sebenar atau bacaan anggaran meter.
Actual Reading : Penggunaan anda berdasarkan bacaan yang diambil di premis anda
Bacaan Anggaran: Meter anda tidak dibaca sepanjang tempoh bil ini. Anggaran berdasarkan purata penggunaan(kWh) 6 bulan terakhir anda. Anggaran bacaan digunakan jika bacaan sebenar tidak dapat dilakukan atas sebab yang tidak dapat dielakkan (spt: Premis berkunci, halangan meter, bencana alam dll). Jika anggaran bacaan terlampau tinggi atau terlampau rendah bil anda pada bulan seterusnya akan dimasukkan kredit atau tambahan amaun yang perlu dibayar. Ini bermakna anda hanya membayar bekalan elektrik yang anda gunakan.
14
Tempoh Bil / Billing Period
Ini merupakan tempoh bil anda, di mana anda boleh mengetahui tarikh mula dan akhir kitaran bil anda.
Bagi pengguna bukan Kediaman dengan voltan melebihi 400V dan keatas (Pengguna Kuasa Besar), bilangan hari adalah bergantung kepada bilangan hari dalam sebulan. (cth. Julai – 31 hari, November – 30 hari)
15
Tarif / Tariff
Ditentukan berdasarkan kategori tarif premis anda. Ia berbeza mengikut penggunaan tenaga elektrik di premis (kediaman, komersial, perindustrian dan dll)
16
Blok Tarif (kWh / kW) / Tariff Block (kWh / kW)
Penggunaan berdasarkan blok yang digazetkan dalam struktur tarif.
17
Consumption (kWh/kW) / Kegunaan (kWh/kW)
Blok Tarif diprorata jika tempoh bil melebihi 31 hari bagi pengguna bukan Kediaman dengan voltan 230V dan 400V (Pengguna Kuasa Biasa). Faktor prorata akan didarabkan dengan setiap blok tarif. Pelanggan akan menikmati kadar lebih rendah untuk penggunaan blok yang telah diproratakan.
18
Kadar (RM) / Rate (RM)
Kadar yang dikenakan pada setiap blok penggunaan berdasarkan struktur tarif untuk kWj / kW.
19
Amaun (RM) / Amount (RM)
Hasil kadar didarab dengan blok prorata.
20
Current Usage Charges / Jumlah
Jumlah penggunaan bekalan elektrik & caj bagi tempoh bil.
21
Details / Keterangan
Lajuran ini menunjukkan komponen yang terpakai bagi pelanggan yang tertentu, unit penggunaan (kWj) dan caj (RM).
Untuk maklumat lanjut , sila rujuk Komponen Bil bagi Bisnes. .
22
Tidak Kena ST / ST Non Applicable
Jumlah penggunaan tenaga elektrik dan komponen bil berkaitan yang tidak dikenakan cukai
Tiada cukai Perkhidmatan dikenakan bagi Bukan Domestik/ Bukan Kediaman.
23
Kena SST / SST Applicable
Jumlah penggunaan bekalan elektrik dan komponen bil berkaitan yang mana dikenakan Cukai Perkhidmatan
Tiada cukai Perkhidmatan dikenakan bagi Bukan Domestik/ Bukan Kediaman.
24
Jumlah / Total
Hasil penambahan lajuran bagi jumlah unit penggunaan bekalan elektrik (kWj) Tidak Kena ST & Kena ST dan jumlah caj penggunaan (RM)
25
Kegunaan Bulan Semasa / Current Month Usage
Jumlah penggunaan bekalan elektrik bagi tempoh bil tidak termasuk Surcaj Lewat Bayar & Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)
26
KWTBB / Renewable Energy Fund (RE Fund)
1.6 % caj tambahan daripada jumlah penggunaan bekalan elektrik bagi tempoh bil. Amaun ini dipindahkan kepada Kerajaan atau SEDA
27
Caj Semasa / Current Charges
Jumlah amaun patut dibayar bagi tempoh bil termasuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) & Surcaj Lewat Bayar
28
Highest Maximum Demand / Muatan Tertinggi Dicatat
Berdasarkan puncak tertinggi yang direkodkan di dalam tempoh bil bulanan.
29
No Meter / Meter Number
Nombor bersiri meter yang merekodkan penggunaan anda dan digunakan bagi tujuan bil.
Setiap meter elektrik memiliki nombor unik yang membolehkan, bil TNB dikeluarkan secara tepat.
30
Dahulu / Previous
Bacaan meter berdasarkan tarikh bil terdahulu.
31
Semasa / Current
Bacaan meter berdasarkan tarikh semasa.
32
Kegunaan / Consumption
Jumlah penggunaan bulanan di dalam tempoh bil berdasarkan perbezaan di antara bacaan semasa dan bacaan terdahulu.
33
Unit
Pengukuran penggunaan bulanan dalam kWj. Kilowatt jam (kWj) digunakan sebagai unit pengukuran tenaga yang telah digunakan oleh pelanggan sepanjang tempoh bil.
34
Barcode/ Kod Bar
Mengandungi nombor akaun pelanggan (12- digit), nombor invois dan jumlah patut dibayar.
35
Maklumat Pelanggan
Nama pelanggan dan alamat premis di mana lokasi meter terletak.
36
JomPAY merupakan inisiatif kebangsaan, disokong oleh bank, membolehkan bayaran bil secara dalam talian dapat dilakukan di seluruh Malaysia. MyClear, anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia, menjalankan operasi JomPAY.
Rujuk logo JomPAY dan Biller Code pada bil anda, log masuk Perbankan Internet atau Mudah Alih anda dan bayar berdasarkan nombor akaun anda.
37
Supplier's Address, GST Registration Number & Service Tax Registration Number/ Alamat Pembekal, Nombor Pendaftaran GST & Nombor Pendaftaran Cukai Perkhidmatan
Alamat & syarikat TNB berdaftar.
Nombor Cukai Perkhidmatan TNB
38
Message Board/ Mesej
Paparan informasi berkaitan TNB dan kemas kini terkini
Menyediakan maklumat pejabat TNB terdekat