BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

SAYA MERUPAKAN

Individu atau pihak berkuasa tempatan/kerajaan Seorang pemaju

Langkah 1

Sila pastikan yang anda pelanggan berdaftar dengan TNB.

Langkah 1

Melantik jurutera perunding dan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

Langkah 2

Hantar borang permohonan ke Pusat Khidmat Pelanggan.

*Kos pemasangan tiang baru atau tiang tambahan mesti ditanggung oleh anda (tidak termasuk tiang TNB sedia ada)

Langkah 2

Menghantar permohonan bersama dengan permohonan bekalan tenaga elektrik untuk pembangunan perumahan baru, bersama dengan maklumat terperinci berkaitan beban lampu jalan yang dicadangkan sepertimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

RELOKASI/ MEMINDAHKAN LAMPU JALAN

Buat permohonan dengan menulis surat rasmi kepada TNB dan lampirkan Pelan Lokasi Tiang Tenaga Elektrik (sedia ada dan relokasi).

Anda bertanggungjawab untuk sebarang caj pemindahan atau relokasi. Maklumat lanjut, sila rujuk Kedai Tenaga berdekatan.

JENIS LAMPU JALAN TNB

Lampu jalan milik TNB biasanya dipasang pada tiang konkrit TNB dan bersambung dengan kabel talian di atasnya. Ia mudah dikenalpasti- setiap tiang memiliki logo TNB, warna korporat (biru dan merah) dan memiliki nombor rujukan tiang.

LAMPU JALAN BUKAN MILIK TNB

Sesetengah lampu jalan dimiliki oleh pemaju jalan atau lebuhraya seperti Plus, Grand Saga, NKVE dll.

Sesetengahnya pula dimiliki oleh pihak berkuasa tempatan / majlis perbandaran seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dll.

Lampu jalan ini kebiasaannya bergalvani, seperti lampu hiasan, atau lampu jalan single-arm/double-arm

Street light not owned by TNB
Lampu jalan bukan milik TNB
Street light not owned by TNB
Lampu jalan bukan milik TNB
Street light not owned by TNB
Lampu jalan bukan milik TNB
Street light not owned by TNB
Lampu jalan bukan milik TNB

LAMPU JALAN ROSAK

KEROSAKAN KUALITI DAN KOMPONEN LAMPU

(mentol lampu terbakar, kelengkapan suis pemasa rosak dll.)

CUACA BURUK

(pokok tumbang dll.)

PIHAK KETIGA

(kemusnahan talian bawah tanah, kemusnahan tiang disebabkan kemalangan jalanraya dll.)

Laporkan kerosakan lampu jalan