Dapatkan Bekalan Elektrik
Dapatkan semua maklumat yang anda perlukan untuk menyediakan bekalan elektrik kepada bisnes anda.
SLA Diantara TNB dan Pemaju Perumahan
Membeli rumah baru? Pastikan ianya memiliki SLA.
SLA merujuk kepada Service Level Agreement. Ia dirangka oleh TNB dan REHDA, serta dilancarkan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi pada 2005
SLA merupakan perjanjian yang digalakkan untuk ditandatangani oleh pemaju perumahan, kerana ianya akan menjamin bekalan tenaga elektrik disediakan pada tarikh yang telah dipersetujui agar.
tidak timbul isu kelewatan penyerahan rumah kepada anda.
Di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966, SLA terbuka kepada semua pemaju perumahan untuk memohon bekalan tenaga elektrik.
Jangka masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan kerja mestilah tidak melebihi 18 bulan dari tarikh Perjanjian ditandatangani atau lebih pendek jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966, SLA terbuka kepada semua pemaju perumahan untuk memohon bekalan tenaga elektrik.
Jangka masa sambungan bekalan
Secara tipikal jangka masa untuk sambungan bekalan dalam masa 18 bulan
Peranan dan tanggungjawab
Pemaju harus
1Menghantar borang permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan oleh TNB.
2Menandatangani SLA bersama TNB (jika semua dokumen lengkap).
3Membayar caj sambungan sebaik sahaja mendapat notifikasi daripada TNB dalam masa yang telah dipersetujui.
4Membina pencawang dan menyiapkannya dalam masa 4 bulan sebelum bekalan elektrik disambungkan.
TNB harus
1Menandatangani SLA bersama pemaju perumahan.
2Mengeluarkan Notis Caj Sambungan dalam masa 2 bulan selepas perjanjian SLA ditandatangani.
3Melaksanakan kerja tidak melebihi 4 bulan sebelum bekalan tenaga elektrik disambung.
Klausa Penalti
Ganti rugi mesti dibayar oleh kedua-dua pihak jika mereka gagal memenuhi tanggungjawab sepertimana yang termaktub di dalam SLA.