Tiada perubahan kadar tarif elektrik. Rebat ICPT diteruskan untuk pelanggan Domestik
01/02/2022
Pelanggan yang dihormati,
Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 28 Januari 2022, Jadual Tarif sedia ada untuk semua pelanggan tidak berubah berkuatkuasa daripada 1 Februari 2022 hingga 31 Disember 2024, iaitu Tempoh Kawal Selia (RP) ke-3 daripada Incentive Based Regulation (IBR).
Bagaimanapun, terdapat perubahan kepada Imbalance Cost Pass Through (ICPT), yang merupakan mekanisma untuk membendung kenaikan harga arang batu yang menjadi sumber sebahagian besar loji janakuasa di Malaysia. Oleh itu, untuk tempoh 1 Feb 2022 hingga 30 Jun 2022:
a) Pelanggan Kediaman (Tarif A - Domestik) terus menikmati Rebat ICPT sebanyak 2 sen setiap kWj; dan
b) Pelanggan bukan domestik (semua jenis tarif lain termasuk Komersial & Perindustrian) dikenakan surcaj ICPT sebanyak 3.7 sen setiap kWj.
Untuk maklumat lanjut tentang ICPT, rujuk
i) Siaran akhbar dikeluarkan oleh ST: https://www.st.gov.my/en/general/add_counter/140/press_release/read_count
ii) Soalan Lazim:
- https://www.tnb.com.my/faq/icpt-english (Bahasa Inggeris)
- https://www.tnb.com.my/faq/icpt-bm (Bahasa Melayu)
Ketahui lebih lanjut tentang IBR di sini: https://www.st.gov.my/en/general/add_counter/811/download/read_count