mytnb
  • en
  • BM
Residential
Get Electricity
Understanding Your Electricity Bill
Disconnection & Reconnection
Special Scheme
Power Alert
Bisnes
Dapatkan Bekalan Elektrik
Memahami Bil Elektrik Anda
Komersial
Perindustrian
Perlombongan
Lampu Jalan
Pertanian Spesifik
Top Up and Standby (CO-GENERATOR)
Skim Istimewa
Power Alert
Energy Efficiency
Home Energy Savings Tips
Commercial Energy Savings Tips
Industrial Energy Savings Tips
Energy Savings At Work
Power Quality
Power Factor
Renewable Energy
Benefits Of Generating Your Own RE
Find The Right RE Solution For You
Find Out More About Our Green Products
Guidelines For Service Provider Electrical Contractor Consultant
NEM Application
NEM Net Energy Metering
SELCO Self Consumption
FIT Feed-in Tariff
LSS Large Scale Solar
NEDA New Enhanced Dispatch Arrangement
Renewable Energy Certificate
Solar Energy Purchase
Payment
myTNB, e-Wallet, JomPAY, Online & Phone Banking
Kedai Tenaga
AutoPay & Direct Debit
eBulk
Over the Counter
ATM & CDM
EFT & Cheque Payment
Safety and Advisory
Do's and Dont's
RCCB
Electrical & Magnetic Fields
Electrical Safety Guidelines During Flooding
Electricity Theft
Promotions
Utama > Bisnes > Memahami Bil Elektrik Anda > Komponen Bil >

Memahami Bil Elektrik Anda

Komponen Bil
Online Bill Layout Paparan Bil Komponen Bil Kalkulator Bil Harga & Tarif

BAGAIMANA MEMBACA BIL ELEKTRIK ANDA

Bil elektrik anda mengandungi banyak maklumat. Laman ini akan membantu anda memahami komponen paling penting di dalam bil elektrik anda.
  • Consumption Charges (kWh) / Caj Kegunaan

    Penggunaan bekalan elektrik pelanggan akan dicaj berdasarkan penggunaan mereka. Kadar adalah seperti yang dinyatakan dalam Harga & Tarif. Unit penggunaan yang digunakan adalah kWj.

    Bagi pelanggan voltan rendah (Komersial, Perindustrian dan Pertanian), penggunaan akan di caj berdasarkan kepada kadar dua pecahan blok iaitu ≤ 200 kWj dan lebih 200 kWj.

    Bagi pelanggan voltan sederhana dan voltan tinggi, hanya satu kadar harga terpakai sepertimana yang dinyatakan dalam Harga & Tarif.

    Note: If billing period is above 35 days , proration factor applies

    Contoh 1:

    Penggunaan Voltan Rendah pengguna komersial A pada bil bulan Julai 2022 sebanyak 350 kWj. Berdasarkan kadar harga yang ditetapkan di dalam buku Tarif, penggunaan akan dibahagikan kepada dua blok seperti di bawah

    200 kWh x RM 0.4350 = RM 87.00
    150 kWh x RM 0.5090 = RM 76.35

    Jumlah Kadar Penggunaan
    =RM87.00 + RM76.35
    =RM 163.35

    Contoh 2:

    Penggunaan Voltan Sederhana pengguna komersial B pada bil bulan Julai 2022 sebanyak 500 kWj

    Jumlah Kadar Penggunaan
    =500 kWh x RM 0.3650
    =RM182.50
  • Maximum Demand (kW) / Kehendak Maksima

    KM diukur dalam Kilowatt (kW). KM merupakan permintaan tahap tertinggi yang direkodkan oleh TNB sepanjang 30 minit dalam sebulan.

    Jumlah amaun kW yang dicaj kepada pelanggan
    berdasarkan KM (kW) yang direkodkan x *kadar KM
    *Sila rujuk kadar dalam Harga & Tarif.

    Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim Permintaan Maksimum.


    Contoh:

    Amaun yang perlu dibayar oleh pelanggan Tarif C2 yang mendaftarkan KM 100kW pada bulan tertentu

    Caj kW
    =100kW x RM45.10/kW
    =RM 4,510

    Beberapa aktiviti boleh dilakukan oleh pelanggan bagi membantu mengurangkan caj KM seperti:

    Mengamalkan pengurusan bahagian permintaan seperti penukaran waktu puncak iaitu menukar operasi/ penggunaan waktu puncak kepada waktu luar puncak kerana caj KM tidak terpakai sepanjang waktu luar-puncak bagi pelanggan dengan tarif puncak/luar-puncak

    Memilih mana-mana skim promosi yang ditawarkan oleh TNB berkaitan KM seperti Sunday Tariff Rider Scheme (STR).

    Memasang motor/peralatan secara berperingkat atau sepanjang waktu luar-puncak

  • Temporary Load Charges / Bekalan Sementara

    Pengguna yang memohon bekalan sementara akan dikenakan caj pada kadar tarif yang sesuai mengikut kategori mereka ditambah surcaj 33% pada jumlah keseluruhan bil bulanan. Kebanyakannya terpakai di tapak pembinaan yang memerlukan bekalan sementara untuk tapak pembinaan/ tapak pejabat.

    Contoh:

    Sebuah tapak pembinaan memohon bekalan sementara untuk tapak pejabat. Bil bulan Januari 2022 menunjukkan caj komponen bil berikut

    Caj penggunaan (kWj) = RM55.20

    ICPT = RM1.30

    Caj Bekalan Sementara
    =(Caj Penggunaan + ICPT) x Caj Bekalan Sementara
    =(55.20 + 1.30) x 33%
    =RM 18.65

    *Kadar ICPT mungkin berbeza setiap 6 bulan

  • Minimum Monthly Charges / Caj Minima Bulanan

    Bagi pelanggan voltan rendah (Komersial, Perindustrian dan Pertanian, caj minima bulanan terpakai bagi pengguna sekiranya jumlah bil elektrik bulanan (kW dan atau kWj) kurang daripada RM7.20. Jika penggunaan adalah 0 kWj, RM7.20 akan dikenakan pada bil.

    Bagi pelanggan voltan sederhana dan voltan tinggi, caj minima bulanan akan terpakai kepada pengguna sekiranya jumlah bil bulanan tenaga elektrik (kW dan atau kWh) adalah kurang daripada RM 600.00. Jika penggunaan adalah 0 kWh, RM 600.00 akan dikenakan pada bil.

    Formula yang digunakan bagi menentukan Caj Minima Bulanan seperti berikut:
    Caj TMMC– (Caj kWj + Caj kW+ Amaun Diskaun + ICPT)

    Contoh 1:

    Pelanggan voltan sederhana dengan tempoh bil di bawah 31 hari menerima bil bulan Januari 2022 beserta caj berikut

    Caj Penggunaan (kWj) = RM5.00

    Caj Permintaan Maksimum (kWj) = RM45.00

    ICPT = RM0.50

    Caj minima bulanan
    =RM600 – RM (5.00 + 45.00 – 0.50)
    =RM550.50

    Example 2:

    Low voltage customer with billing period 38 days receives Jan 2018 bill with the following charges

    Consumption charges (kWh) = RM0.00

    ICPT kWh = RM0.00

    Proration Factor (38/30 days) = 1.26667

    Minimum monthly charges
    =1.26667 x RM7.20
    =RM9.12
  • Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT)

    Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) merupakan mekanisma rangka kerja di bawah Kawal Selia Berasaskan Insentif(IBR) yang membolehkan TNB melaksanakan perubahan (kenaikan atau penurunan) keatas tarif elektrik setiap 6 bulan berdasarkan kos bahan api atau kos penjanaan lain.


    Suruhanjaya Tenaga selaku pengawal selia tenaga Malaysia menentukan pengiraan dan metodologi ICPT, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan setiap 6 bulan.


    The implementation of ICPT, which occurs every 6 months, would reflect the actual costs in tariff in the form of rebate or surcharge. Furthermore, the impact of ICPT implementation is neutral on TNB and will not have any effect on its business operations and financial position


    IOn 23 June 2023, The Government of Malaysia decided to introduce a targeted subsidy scheme for the ICPT implementation period from 1 July 2023 until 31 December 2023. The ICPT rates for the period of six (6) months from 1 July 2023 to 31 December 2023 according to customer categories and tariff type are as follows:

     



    Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) = Jumlah Penggunaan kWj x Kadar ICPT (sen/kWj).



    Example 1: ICPT Calculation for Low Voltage Commercial, Tariff B

    Consumption in August 2023 is 4,350kWh, ICPT rate is RM0.037/kWh


    ICPT charge

    =4,350kWh x (0.037)

    =RM 160.95



    Example 2: ICPT Calculation for Medium Voltage Industrial, Tariff E1

    Consumption in August 2023 is 424,681kWh, ICPT rate is RM0.17/kWh


    ICPT charge

    =424,681 kWh x (0.17)

    =RM 72,195.77


    Ketahui lebih lanjut di Soalan Lazim ICPT and https://myelectricitybill.my

  • Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) / RE Fund

    Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, (KWTBB) adalah dana yang dikumpulkan oleh Kerajaan menerusi penggunaan tenaga elektrik pengguna. Dana ini akan digunakan untuk mempromosikan perkembangan penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu.

    Selaras dengan Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (RE Act 2011), Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) dikumpul menerusi surcaj penggunaan tenaga elektrik pengguna pada kadar 1.6%.

    TNB adalah agen kutipan dana bagi pihak kerajaan.

    Surcaj KWTBB dikira seperti berikut: Surcaj (KWTBB) = 1.6% × [(kWh+kW) – Diskaun]

    KWTBB dikumpul daripada bil elektrik pelanggan dan disalurkan kepada Kerajaan (SEDA - Sustainable Energy Development Authority). Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang: seda.gov.my

    Contoh:

    Komponen bil pelanggan A dikenakan caj seperti berikut:

    Penggunaan bagi 400 kWh = RM 87.20

    Diskaun TNB 10 % = RM 8.72

    Surcaj Dana RE (KWTBB)
    =1.6% x (87.20 – 8.72)
    =RM 1.26
  • Surcaj Lewat Bayar 1%

    Bila ia akan dikenakan
    Caj penalti akan dikenakan jika bayaran yang di buat melebihi 30 hari selepas tarikh bil dikeluarkan

    Bagaimana ia dikira
    Amaun dikira berdasarkan 1% (faedah ringkas) daripada jumlah bil tertunggak, didarab dengan bilangan hari tunggakan.

    Pelepasan
    Tiada pelepasan penalti ini melainkan terbukti yang terdapat kesilapan di pihak TNB.

    Bagaimana untuk mengelak
    Sila bayar bil anda dalam masa 30 hari daripada tarikh bil.

    Contoh:

    Jumlah keseluruhan bil: RM1,000.00

    Tarikh Bil: 1 May 2018

    Tarikh bayaran: 10 June 2018

    Tungakkan hari: 10 days

    Jadi, caj penalti
    =RM1,000 x 1% x (10/30)
    =RM 3.33
  • Connected Load Charges (CLC) / Caj Sambungan Beban
    • Caj Sambungan Beban adalah alat untuk menghalang pengguna daripada membuat perisytiharan melebihi keperluan beban mereka. Perisytiharan secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan loji dan pembaziran sumber serta peningkatan margin rizab. Tanpa CLC, pengguna lain juga turut membayar kos lebih tinggi bagi tenaga elektrik yang tidak perlu disebabkan pembaziran dan ini tidak adil bagi mereka yang membuat perisytiharan secara betul.
    • Kemudahan lain yang tidak memiliki penalti CLC, memulihkan komponen permintaan mereka atau kos tetap dengan mengenakan caj kapasiti kontrak menerusi kadar tarif berdasarkan pengisytiharan pelanggan.
    • Kerajaan baru-baru ini telah meluluskan pembaharuan terma bagi Caj Sambungan Beban (CLC). Selaras dengan ini, TNB akan menguatkuasakan terma yang diperbaharui bermula 15 Januari 2021.

    Kategori Pengguna

    • Pengguna Baru::
      Semua pengguna baru voltan sederhana dan voltan tinggi (pengguna dengan bekalan voltan 1kV dan ke atas) tertakluk kepada CLC bagi tempoh 6 tahun daripada tarikh bekalan disambungkan.

    • Pengguna yang Menaiktaraf:
      Sebarang naik taraf dan/ atau beban dan / atau voltan pengguna akan dikenakan CLC baru bagi tempoh 5 tahun dari tarikh bekalan tambahan disambungkan.

    • Pelanggan Pertukaran Nama Akaun (COT): Mana-mana pelanggan voltan sederhana dan voltan tinggi yang memohon pembukaan akaun (Pertukaran Nama Akaun) premis sedia ada tertakluk kepada CLC berdasarkan senario berikut.

    Pengiraan CLC

    1. Pengguna Baru
      • Pengguna tertakluk kepada CLC untuk tempoh 6 tahun daripada tarikh bekalan disambungkan.
      • Pelanggan yang mengambil bekalan selepas 15 Januari 2021 perlu mengisytiharkan Permintaan Maksimum (MD) secara berfasa (bagi pengiraan CLC) untuk tahun pertama (1) sehingga tahun ke empat (4) sebaik sahaja permohonan bekalan. Jumlah MD yang diisytiharkan akan digunakan untuk mengira CLC bagi tahun lima(5) dan enam (6). Sila lengkapkan borang CLC Borang 1 bagi pengisytiharan MD secara berfasa untuk tujuan pengiraan CLC (mana yang terpakai) dan lampirkan sepanjang proses Berpindah Masuk.
      • CLC terpakai apabila MD sebenar yang direkodkan pada mana-mana bulan kurang daripada 85% yang diisytiharkan dalam fasa sepanjang tahun 1 sehingga tahun 4 dan kurang daripada 75% jumlah MD yang diisytiharkan bagi tahun 5 dan tahun 6.
      • Cara bagi menentukan Rujukan Permintaan Maksimum * untuk pengiraan CLC adalah seperti berikut:

    2. Tahun Rujukan Kehendak Maksima*
      1 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun Pertama atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      2 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-2 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      3 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-3 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      4 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-4 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      5 75% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      6 75% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]

      Nota:

      1. CLC terpakai apabila MD yang direkodkan < MD Rujukan
      2. Jika MD direkodkan lebih tinggi daripada MD yang diisytiharkan (MD Tertinggi Direkodkan, RMD), RMD akan menggantikan MD yang disytiharkan bagi tahun tersebut. Rujukan MD akan dikira menggunakan MD baru yang diisytiharkan

    3. Pengguna yang menaik taraf
      • Pengguna tertakluk kepada CLC baru bagi tempoh 5 tahun daripada tarikh bekalan tambahan disambungkan.
      • Pengguna perlu mengisytiharkan MD secara berfasa bagi tahun 1 hingga tahun 3 (untuk tujuan pengiraan CLC). Jumlah MD yang diisytiharkan akan digunakan untuk mengira CLC bagi tahun 4 dan tahun 5. Sila lengkapkan borang CLC Borang 1 untuk pengisytiharan MD secara berfasa bagi tujuan pengiraan CLC (apabila terpakai) dan melampirkannya sepanjang Proses Berpindah Masuk.
      • CLC terpakai apabila MD sebenar yang direkodkan pada mana-mana bulan kurang daripada 85% daripada MD yang diisytiharkan dalam fasa sepanjang Tahun pertama sehingga tahun ke-3 dan kurang daripada 75 % jumlah MD yang diisytiharkan bagi tahun ke-4 dan ke-5.
      • Cara dalam menentukan Rujukan Kehendak Maksima * bagi pengiraan CLC adalah seperti berikut:

      Tahun Rujukan Kehendak Maksima
      1 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun Pertama atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      2 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-2 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      3 85% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-3 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      4 75% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan Tahun ke-4 atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]
      5 75% x [Jumlah MD yang Diisytiharkan atau MD Tertinggi yang Direkodkan, mana satu lebih tinggi]

      Nota:

      1. CLC terpakai apabila MD yang direkodkan < Rujukan MD
      2. Jika MD direkodkan lebih tinggi daripada MD yang diisytiharkan (MD Tertinggi Direkodkan, RMD), RMD akan menggantikan MD yang diisytiharkan bagi tahun tersebut. Rujukan MD akan dikira menggunakan MD baru yang diisytiharkan.
    4. Pengguna COT

      Terdapat senario dalam menentukan tempoh CLC.

      • Jika pengguna sebelumnya telah menamatkan tempoh CLC:
        1. Jika MD yang diisytiharkan pengguna baru sama atau lebih rendah daripada MD sebelumnya, tiada CLC akan dikenakan kepada pengguna baru;
        2. Jika MD yang diisytiharkan pengguna baru lebih tinggi daripada MD sebelumnya, pengguna tertakluk kepada CLC bagi tempoh 6 tahun daripada tarikh COT (rujuk terma Pengguna Baru)

      • Jika pengguna sebelum ini masih tertakluk kepada CLC:
        1. Jika MD baru yang diisytiharkan oleh pengguna baru sama dengan MD terdahulu, pengguna boleh memilih salah satu pilihan berikut:
          • Menyambung jadual CLC sedia ada; atau
          • Mengisytiharkan kembali MD secara berfasa sekaligus bagi tahun berbaki (kecuali 2 tahun terakhir) sepanjang permohonan bekalan. Tertakluk kepada kelayakan dan berdasarkan polisi CLC baru.
        2. Jika MD baru yang diisytiharkan oleh pengguna baru adalah rendah (dalam tahap voltan yang sama) atau lebih besar daripada MD terdahulu, pengguna tertakluk kepada CLC baru bagi tempoh 6 tahun daripada tarikh COT (rujuk terma Pengguna Baru)

        Sila lengkapkan CLC Borang 1 untuk mengisytiharkan MD secara berfasa bagi tujuan pengiraan CLC (apabila terpakai) dan melampirkannya sepanjang permohonan bekalan.


    5. Pengguna sedia ada
      • Pengguna sedia ada yang mengambil bekalan sebelum 15 Januari 2021 dan masih dalam tempoh CLC dibenarkan untuk mengisytiharkan kembali MD secara berfasa sekaligus tahun 1-4 (terpakai bagi pengguna yang tertakluk kepada CLC bagi tempoh 6 tahun) atau Tahun 1-3 (terpakai bagi pengguna yang tertakluk kepada CLC bagi tempoh 5 tahun) berdasarkan polisi CLC baru.
      • MD baru yang diisytiharkan efektif bermula kitaran bil bulan berikutnya dan tiada penyelarasan di buat ke atas penalti CLC sebelumnya.
      • Pengguna sedia ada yang masih dalam tempoh CLC memohon untuk mengisytiharkan kembali MD dalam tahun 5-6 (terpakai bagi pengguna yang tertakluk kepada CLC untuk tempoh 6 tahun) atau Tahun 4-5 (terpakai bagi pengguna yang tertakluk kepada tempoh CLC untuk 5 tahun) tertakluk kepada caj tambahan seperti mana polisi sedia ada.
      • Untuk meneruskan permohonan, sila muat turun dan hantarkan CLC Borang 2 yang lengkap ke tnbcareline@tnb.com.my[e-mel dilindungi]

    Caj


    • Pengguna Baru:
      1. Jumlah MD diisytiharkan bagi pembangunan: 10,000 kW MD diisytiharkan mengikut fasa bagi pengiraan CLC:

        Tahun 1 : 2,000 kW

        Tahun 2 : 5,000 kW

        Tahun 3 : 7,000 kW

        Tahun 4 : 8,000 kW


      2. Tahun KEHENDAK MAKSIMA DIISYTIHARKAN BAGI CLC RUJUKAN KEHENDAK MAKSIMA (RMD) KEHENDAK MAKSIMA SEBENAR (AMD)** PENALTI CLC (RM)
        1 2,000kW 85% x 2,000kW = 1,700kW 1,200kW RM8.50 x (1,700kW – 1,200kW)= RM4,250
        2 5,000kW 85% x 5,000kW = 4,250kW 4,800kW Tiada penalti. AMD > RMD
        3 7,000kW 85% x 7,000kW = 5,950kW 5,250kW RM8.50 x (5,950kW - 5,250kW) = RM5,950
        4 8,000kW 85% x 8,000kW = 6,800kW 7,000kW Tiada penalti. AMD > RMD
        5 10,000kW 75% x 10,000kW = 7,500kW 8,000kW Tiada penalti. AMD > RMD
        6 10,000kW 75% x 10,000kW = 7,500kW 8,200kW Tiada penalti. AMD > RMD

        **Andaian: Kehendak Maksima Sebenar (MD) direkodkan dalam tempoh sebulan dalam tahun CLC


      3. Pengguna yang Menaik taraf:

        MD Sedia ada : 10,000 kW

        Tambahan MD : 5,000kW

        Jumlah MD diisytiharkan bagi keseluruhan pembangunan: 15,000kW

        MD diisytiharkan dalam fasa bagi pengiraan CLC:

        Tahun 1 : 9,000 kW

        Tahun 2 : 11,000 kW

        Tahun 3 : 13,000 kW


      4. Tahun KEHENDAK MAKSIMA DIISYTIHARKAN BAGI CLC RUJUKAN KEHENDAK MAKSIMA (RMD) KEHENDAK MAKSIMA SEBENAR (AMD)** PENALTI CLC (RM)
        1 9,000kW 85% x 9,000kW = 7,650kW 8,500kW Tiada penalti. AMD > RMD
        2 11,000kW 85% x 11,000kW = 9,350kW 9,500kW Tiada penalti. AMD > RMD
        3 13,000kW 85% x 13,000kW = 11,050kW 10,700kW RM8.50 x (11,050kW - 10,700kW) = RM2,975
        4 15,000kW 75% x 15,000kW = 11,250kW 11,200kW RM8.50 x (11,250kW - 11,200kW) = RM425
        5 15,000kW 75% x 15,000kW = 11,250kW 12,000kW Tiada penalti. AMD > RMD

        **Andaian: Kehendak Maksima Sebenar (MD) direkodkan dalam tempoh 1 bulan dalam tahun CLC


        Beberapa aktiviti boleh dilakukan oleh pelanggan bagi membantu mengurangkan caj MD seperti:

        • Mengamalkan pengurusan bahagian permintaan seperti penukaran waktu puncak iaitu menukar operasi/ penggunaan waktu puncak kepada waktu luar puncak kerana caj MD tidak terpakai sepanjang waktu luar-puncak bagi pelanggan dengan tarif puncak/luar-puncak
        • Memilih mana-mana skim promosi yang ditawarkan oleh TNB berkaitan MD seperti Tarif Rider Hari Ahad (STR) dan Enhanced Time of Use Tariff (ETOU)
        • Memasang motor/peralatan secara berperingkat atau sepanjang waktu luar-puncak
  • Welding Set Surcharge / Caj Alat Kimpal

    Sebagai tambahan kepada kadar tarif yang sesuai, terdapat surcaj bagi peralatan kimpal transformer operasi elektrik bagi pengguna voltan rendah pada RM3.00 per kVA per sebulan, dan pengguna voltan sederhana dan tinggi pada RM2.00 per kVA sebulan. Alatan kimpal yang beroperasi menggunakan motor terkecuali daripada surcaj di atas.



    Untuk maklumat lanjut , sila rujuk Soalan Lazim.

    Contoh:

    Pelanggan perindustrian voltan rendah memiliki set penggunaan alatan kimpal 67.86 kVA pada bil bulan Januari 2022 dengan tempoh bil selama 31 hari

    Surcaj Set Alatan Kimpal
    =67.86 kVA x RM3.00
    =RM 203.58
    Voltan
    Beban Set Alat Kimpal (kVA)
    40
  • Power Factor Surcharge / Caj Angkadar Kuasa

    Caj Angkadar Kuasa dikenakan apabila faktor kuasa kurang daripada 0.90 (bekalan tenaga elektrik 132kV dan ke atas) atau kurang daripada 0.85 (bekalan tenaga elektrik bawah 132 kV).

    Pengiraan bagi menentukan Angkadar Kuasa
    kWh / √ (kWh2 + kVARh2)

    Caj Angkadar Kuasa bagi pelanggan dengan bekalan tenaga elektrik bawah 132 kV dikira seperti berikut:-

    Surcaj 1.5% bil semasa – untuk setiap pengurangan 0.01 daripada 0.85 faktor kuasa
    [[(0.85 – PF)/0.01] x 1.5% ] x [RM kWh + RM kW + RM ICPT]

    Surcaj 3% bil semasa– untuk setiap pengurangan 0.01 daripada 0.75 faktor kuasa
    [[(0.85 – 0.75)/0.01] x 1.5% ] +[[(0.75 – PF)/0.01] X 3% ]] x [RM kWh + RM kW + RM ICPT]



    Untuk maklumat lanjut, rujuk Soalan Lazim Faktor Angkadar. .

    Contoh 1:

    Penggunaan yang digunakan oleh Pelanggan A adalah 3,500 kWh di mana faktor kuasa 0.73 Kadar ICPT adalah RM 0.0135.

    Jumlah penggunaan (RM) = RM1,531.30

    ICPT (RM)
    =3,500 x RM 0.0135
    =RM 47.25
    Caj Angkadar Kuasa
    =[[{(0.85 – 0.75)/0.01} x 1.5%] + [{(0.75 = 0.73)/0.01} x 3%]] x (RM 1,531.30 + (RM 47.25))
    =RM 331.50

    Contoh 2:

    Penggunaan yang digunakan oleh Pelanggan B adalah 3,500 kWj di mana faktor kuasa 0.80. Kadar ICPT adalah RM 0.0135

    Jumlah penggunaan (RM) = RM1,531.30

    ICPT (RM)
    =3,500 x RM 0.0135
    =RM 47.25
    Caj Angkadar Kuasa
    =[{(0.85 – 0.80)/0.01}x 1.5%] x (RM 1,531.30 + (RM 47.25))
    =RM118.39
  • Diskaun TNB 10%

    Organisasi/ pusat pembelajaran/rumah ibadat di bawah layak mendapat diskaun 10 % pada bil bulanan mereka:

    1. Organisasi atau badan kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang tua, rumah perlindungan orang buta dan kurang upaya, pusat spastik yang dibiayai dan ditadbir sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau institusi yang sumber pendapatan dibiayai sepenuhnya melalui derma orang awam

    2. Semua institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang dibiayai sepenuhnya atau separuh oleh kerajaan dan kebiasaannya ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.

    Tempat ibadat yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan dan / atau badan pentadbir agama masing-masing seperti Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri/ Wilayah Persekutuan/Pertubuhan Penganut Budha Malaysia, Pertubuhan Penganut Hindu Sangam Malaysia, Sikh Naujawan Sabha, Pergerakan Pemuda Sikh, Buku Panduan Katholik dan Buku Panduan Gereja Malaysia dan Brunei.

    Formula bagi Diskaun TNB seperti berikut:

    Diskaun TNB = 10% x (Caj penggunaan + ICPT)

    Nota: Pelanggan tarif perlombongan layak untuk diskaun 25% pada bil bulanan mereka.

    Contoh :

    Bil bulan April 2022 bagi Sek Keb A menunjukkan

    Caj penggunaan (kWj) dalam RM = RM231.80

    ICPT (RM 0.0135) = RM 8.11

    Diskaun TNB
    =10% x (RM231.80 + RM 8.11)
    =RM 23.99
  • Faktor Prorata

    Proration factor applied by TNB will benefit the customers whose meters are read above 35 days

    Faktor prorata = Bilangan hari / 30

    Faktor prorata akan didarab dengan setiap tarif blok. Pelanggan akan mendapat manfaat kadar yang lebih rendah daripada penggunaan rangkaian blok yang telah diproratakan.

    Example :

    Low Voltage Customer receives Jan 2018 bill with 38 days billing period with consumption 850 kWh

    Proration Factor
    =38/30
    =1.26667
    Consumption block (default) Usage (kWh) - Prorated Rate (RM/kWh)
    200 200 x 1.26667 = 253 0.4350
    > 200 850 – 253 = 597 0.5090
    Total Consumption Rate
    =(253 x 0.4350) + (597 x 0.5090)
    =RM 413.87
  • Residential
  • Bisnes
  • Energy Efficiency
  • Renewable Energy
  • Payment
  • Safety and Advisory
  • Promotions
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine via Facebook  @TNBCareline or Call 1-300-88-5454
  • Isnin-Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 malam
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Hantar e-mel ke   tnbcareline@tnb.com.my
    Ikuti kami di
    Muat turun Aplikasi myTNB
    Keserasian Pelayar
    • Terma & Syarat
    • Dasar Privasi
    • Buku Panduan & Risalah

    Copyright © 2023 Tenaga Nasional Berhad. All Rights Reserved.

    Browser Compatibility Requirement
    Supported browsers would be limited to the following (compliant with HTML5 and above and CSS3 standards) with best view resolution of 1920 x 1080:
    Internet Explorer
    Internet Explorer
    (10.x and above)
    Mozilla Firefox
    Mozilla Firefox
    (38.x and above)
    Google Chrome
    Google Chrome
    (42.x and above)
    Safari
    Safari
    (8.x and above)